Saturday, September 5, 2009

berat lagi.. back to square one :(

nak blog balik supaya dapat rekod diet baru. semua azam turun berat badan mula pada bulan puasa sebab senang nak jaga pemakanan. 2/3 minggu sebelum ramadhan dah googled cari maklumat & testimonials.

dulu pernah ambil X, masa tu beli dengan harga yang berpatutan tapi sekarang susah nak dapat; kena jadi member & tahap diskaun pelbagai (den tak faham bab tu, pening. boleh dikatakan mahai la! nampak produk Y pulak, memang banyak forum bincang mengenainya. hmm, bab nak minum bergelen air & pantang larang dia.. dan $ pun lebih kurang mahai walaupun dapat jadi ahli percuma kalau beli 3 kotak sekali gus.

lagi pun, saya nak pemakanan yang sihat dan ahem.. harga semestinya berpetatutan dan senang nak beli kemudian hari bila dah serasi dengannya.

ceng, ceng... googled jumpa kenyataan (yang saya setuju sangat walaupun saya ni malas nak exercise! nak sihat dan lansing; kenalah bersenam dan jaga pemakanan jugak. Belian pertama dengan harga ahli; bagus tu kan? Saya beli 1x Nutrimeal dan 1x Fibergy. Ya, produk Usana. Saya campur 2x sudu Nutrimeal, 1x sudu Fibery dan lebih kurang 250ml air. Nak lagi sedap, tambah 2 ketul ais. Tak payah nak pakai blender macam produk X dulu.. Senang dan cepat. Mula makan untuk sahur (hari kedua sebab hari pertama tak dapat lagi stok).

Alhamdulillah, tak rasa lapar. Ada kala perut keroncong jugak sebab angin; tapi normal lah pada bulan ramadhan.

Berat 1 hari sebelum puasa; 60.1kg. Lepas ~14 hari, turun 2.5kg. Sebotol Nutrimeal tu tahan untuk 2 minggu. Disebabkan saya dah jadi ahli Usana, saya boleh order sendiri melalui laman web Usana. Senang sangat. Dah beli 3x Nutrimeal, 1x Fibergy dan 1 botol shaker (untuk goncang serbuk2 tadi dalam air, bersiap jika nak travel senang sikit).

Harap dapat turun 5 kg, akhir puasa kelak. Paling ideal nak 48kg gitu, boleh ker
.. Di samping pemakanan ni, nak cuba bersenam sikit.

Target
Sebelum puasa: 60.1kg
Selepas puasa: 55kg
Hujung september: 53kg
Hujung oktober:51kg
Hujung November: 49kg
Hujung december:48kg

0 comments:

Post a Comment